Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
“Akak nak nasihatkan adik, Syed Saddiq, supaya kembalilah fokus pada tugasan adik yang sebenarnya iaitu wakil rakyat. Tapi kalau adik rasa adik tak mampu galas lagi tanggungjawab sebagai wakil rakyat, maka serahlah tugasan itu kepada individu-individu lain.”
Demikian teguran Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, terhadap Syed Saddiq menerusi TikToknya. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap keutamaan Syed Saddiq sebagai wakil rakyat, terutamanya apabila namanya sering dikaitkan dengan gosip dan selebriti.
Perlu tunjuk teladan baik kepada generasi muda
“Akak faham yang adik nak tunjukkan yang adik ni menjiwai anak muda. Contohnya suka bersukan, tak ada masalah. Suka melancong, no problem dan melepak dengan artis, tak ada masalah juga. Tapi bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gosip,” katanya.
Menurut Syerleena, pemimpin politik perlu menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda dan menggunakan media sosial untuk membangkitkan isu rakyat, bukan sekadar untuk tujuan peribadi.
“Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial. Akak nak bertegas dalam bab ni bahawa kita ini dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di kawasan. Bukan ambil kesempatan guna jawatan mendekati golongan-golongan tertentu.”
Beliau turut mencadangkan agar Syed Saddiq lebih aktif mengetengahkan isu berkaitan kawasan parlimennya, Muar.
“Apa cerita dekat Parlimen Muar? Takkan tak ada isu kot? Ulaslah dalam TikTok tu. Adik, sekali lagi akak sebagai kakak ni nak beritahu. Lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen kepada rakyat kalau rasa tak mampu nak galas tanggungjawab tersebut. Kita biar rakyat pilih yang baru.”
Netizen tampil pertahankan Syed Saddiq
Bagaimanapun, ada netizen yang mempertahankan Syed Saddiq dengan menjelaskan bahawa keakraban beliau bersama selebriti Bella Astillah bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi berkaitan kontrak sebagai duta jenama pakaian tempatan, PrimaValet.
“Yang Berhormat Syed Saddiq menjadi duta PrimaValet bersama dengan Bella Astillah itu bukan saja-saja. Mereka ada misi bantuan. Syed Saddiq menjadi duta dan sebagai pertukaran, PrimaValet akan memberi sumbangan kepada rakyat Muar seperti beg makanan dan pakaian,” jelas pengguna TikTok, De Hareus Mieza.
‘Kami orang Muar okay je?’

‘Orang tu buat kerja, disuruh lepas jawatan?’

‘Rakyat Muar terjaga, kan? Chill la YB’

Kerjasama dengan PrimaValet libatkan aktiviti kebajikan
Pelantikan Syed Saddiq sebagai duta PrimaValet bersama Bella Astillah turut membawa mereka menyertai pelbagai aktiviti promosi, termasuk cabaran “#WeListenAndWeDontJudge” serta pendakian Gunung Kinabalu sambil mengenakan pakaian raya daripada jenama tersebut.
Selain promosi, mereka juga terlibat dalam program kebajikan seperti pengagihan baju raya dan barang keperluan kepada penduduk Sandakan serta sesi bertemu rakyat di Muar pada 13 Januari lalu, yang turut disertai dengan aktiviti kebajikan.
Biarpun usaha Syed Saddiq bersama PrimaValet mendapat sokongan sesetengah pihak, teguran Syerleena tetap mencetuskan perdebatan mengenai keseimbangan antara tugas sebagai wakil rakyat dan aktiviti luar yang melibatkan selebriti serta jenama komersial.