Susah cari kerja sesuai & gaji rendah, punca pelajar lepasan SPM tak minat sambung belajar? - The Reporter

Susah cari kerja sesuai & gaji rendah, punca pelajar lepasan SPM tak minat sambung belajar?

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Media sebelum ini melaporkan sebilangan pelajar SPM enggan menyambung pelajaran. Selain daripada kos yang tinggi, mereka dikatakan lebih berminat dengan ekonomi gig (sistem pasaran bebas dan dalam jangka pendek).

Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia Mustapa Sakmud berkata, situasi itu dipercayai akan mempengaruhi dan memperlahankan sasaran kementerian untuk melahirkan 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030 memandangkan sekarang negara masih berada di tahap 28 peratus.

Menerusi satu hantaran, dikatakan faktor mengapa sebilangan pelajar membuat keputusan demikian adalah kerana mereka dikatakan merujuk situasi yang dihadapi oleh senior mereka yang dilihat sukar mencari pekerjaan yang bersesuaian dan terpaksa menanggung bebanan hutang pinjaman pelajaran.

@innovative_afif

Replying to @userjxn1qi87sc ⚠️warning⚠️ Pelajar bakal lepasan SPM jgn tngok video ni sbb nnti korang akan takut dgn realiti lps habis SPM , fokus dlu pada SPM korang ye #revolusipendidikandanindustri #myep #ftbdd #JAGUHWBL

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Faktor gaji rendah juga menyumbang kepada situasi demikian apatah lagi gaji asas yang diberikan sebanyak RM 1,500 dikatakan tidak dapat menampung kos kehidupan ketika ini.

“Realiti sekarang banyak persaingan dalam bidang pekerjaan. Syarikat besar sekarang pula tak nak bagi gaji besar pada fresh graduate sebab diorang nak orang yang ada pengalaman.

“Sistem pendidikan sekarang pula tak bagi pengalaman tapi sijil program,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan isu ini kerana bagi netizen individu perlu teruskan belajar dan mencari ilmu kerana dengan ilmu yang dibawa itu akan merubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!