Surau Ar-Rayyan tampil konsep mesra autisme, bantu galak anak istimewa solat berjemaah | The Reporter

Surau Ar-Rayyan tampil konsep mesra autisme, bantu galak anak istimewa solat berjemaah

Suasana Surau Ar-Rayyan di Taman Bilian Mewah yang dibina dengan konsep mesra autisme bagi menyediakan persekitaran ibadah lebih selesa untuk kanak-kanak autisme dan keluarga.
Surau Ar-Rayyan tampil dengan konsep mesra autisme bagi memudahkan kanak-kanak autisme menunaikan solat berjemaah dalam suasana yang kondusif.

Sebuah surau yang dibangunkan dengan konsep mesra autisme dijangka menjadi perintis dalam menyediakan ruang ibadah yang lebih inklusif buat kanak-kanak autisme serta keluarga mereka.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Imam Syammir membawa orang ramai meninjau Surau Ar-Rayyan yang terletak di Taman Bullion Mewah sambil menjelaskan keunikan surau berkenaan yang direka khas dengan mengambil kira keperluan individu dalam spektrum autisme.

Menurut beliau, surau itu masih baharu dan dijadualkan dirasmikan pada 13 September ini.

Katanya, pembinaan surau berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa kanak-kanak autisme juga berhak menikmati pengalaman menunaikan solat berjemaah dalam suasana yang selesa dan kondusif.

“Ramai ibu bapa mungkin ingin membawa anak-anak autisme ke surau atau masjid, namun berdepan pelbagai cabaran. Surau ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada mereka untuk bersama-sama mendekatkan diri kepada rumah Allah,” katanya.

@imamsyammir

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ep 3 : Surau Ar-Rayyan (Surau Mesra Autisme) Tahniah pihak pengurusan, MAIWP dan JAWI atas inisiatif membina surau yang mesra dengan anak autisme. #imamsyammir #tourmasjid #surauarrayyan #autisme #autismeawareness @Surau Ar Rayyan @MAIWP@TikTok

♬ original sound – imamsyammir – imamsyammir
Baca juga:

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap aspek pembangunan surau itu dirancang dengan mengambil kira sensitiviti anak-anak autisme, termasuk pemilihan karpet, sistem pencahayaan serta pembesar suara bagi mewujudkan persekitaran yang lebih tenang dan sesuai.

Selain mesra autisme, surau berkenaan turut menitikberatkan keselesaan serta privasi jemaah wanita menerusi reka bentuk yang menghalang pandangan terus ke ruang muslimah ketika mengambil wuduk atau menunaikan solat.

Imam Syammir turut memaklumkan bahawa kawasan hadapan surau itu bakal dilengkapi dengan taman permainan mesra autisme, selain sebuah kedai gunting rambut yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk kanak-kanak autisme. Malah, kawasan sekitar turut mempunyai kemudahan seperti trampolin untuk aktiviti riadah.

Related Posts