Sultan Pahang titah seluruh masjid & surau di Pahang adakan solat hajat tolak bala | The Reporter

Sultan Pahang titah seluruh masjid & surau di Pahang adakan solat hajat tolak bala

Sultan Pahang titahkan masjid dan surau di Pahang adakan solat hajat
Gambar: Facebook Kesultanan Pahang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di negeri Pahang mengadakan solat hajat serta doa menolak bala pada malam Jumaat.

Titah berkenaan dizahirkan susulan beberapa siri bencana gempa bumi yang turut melibatkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus memperlihatkan keprihatinan dan kebersamaan Paduka Baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

Baca juga:

Baginda bertitah, umat Islam di negeri ini wajar memperkukuhkan doa, meningkatkan amal ibadah dan bersatu hati memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah.

“Beta menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam di Pahang, agar tidak leka dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan doa dan ibadah. Marilah kita bersama-sama memohon agar negeri ini sentiasa dilindungi daripada sebarang bencana,” titah Baginda.

Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar seluruh rakyat terus berdoa demi mengekalkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang tercinta.

Related Posts