Sultan Ibrahim titah budaya dera di UPNM dihentikan segera | The Reporter

Sultan Ibrahim titah budaya dera di UPNM dihentikan segera

Penderaan di UPNM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan segera.

Baginda menegaskan, budaya tersebut mencemarkan nama baik universiti dan menuntut tindakan tegas diambil.

“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini. Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan jika gagal menjalankan amanah.

“Ibu bapa menghantar anak mereka untuk menjadi pegawai tentera, bukan untuk didera,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda turut meluahkan rasa dukacita kerana budaya ini masih berlaku walaupun kejadian terdahulu telah dibawa ke mahkamah.

Sultan Ibrahim menegaskan, latihan fizikal dan mental tidak boleh sampai mencederakan atau meragut nyawa.

Menurut Sultan Ibrahim, falsafah UPNM adalah membentuk pegawai tentera melalui disiplin dan budaya tentera yang tinggi. Namun, amalan penderaan jelas bertentangan dengan prinsip ini.

Baginda berharap semua pihak mengambil langkah serius untuk memastikan budaya tidak sihat ini dihentikan sepenuhnya demi menjaga imej UPNM.

Sumber: Bernama

Related Posts