Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kemeriahan peminat sukan badminton meraikan kemengan atlet negara dalam Sukan Olimpik sungguh menarik perhatian.
Walaupun menggenggam pingat gangsa, tetapi semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh atlet badminton sangat mengkagumkan.
Bukan sahaja kemeriahan dapat dirasai oleh penyokong di stadium, malahan penyokong di Malaysia turut sama meraikan kemeriahan itu.
Dimana-mana sahaja, kedai Mamak, di kolej, tempat kerja dan dimana sahaja tumpuan diberikan kepada acara badminton.
Semasa beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam cabaran memburu pingat gangsa, kedai elektronik SenQ memasang siaran untuk tontonan ramai. Katanya, demi tontonan itu, pekerja mereka sanggup menutup kedai lebih lewat dari biasa.
Kemeriahan lebih hangat semasa Lee Zii Jia berjaya menewaskan Lakshya Sen dari India.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan netizen, bunga api dipasang di kedai Mamak di sekitar Setapak. Kedengaran juga, nyanyian lagu ‘Saya anak Malaysia’ daripada penonton yang hadir.
Ternyata, sukan tanpa mengira bangsa dan keturunan menyatukan kita.








