'Sudah-sudahlah.. tak suka, move on & unfollow' - Ning Baizura - The Reporter

‘Sudah-sudahlah.. tak suka, move on & unfollow’ – Ning Baizura

Ning Baizura

Pagi tadi, penyanyi Ning Baizura menggesa netizen berhenti mengikuti akaun Instagramnya jika mereka masih berterusan mengecamnya.

Dia menyeru mereka yang tidak suka disebabkan isu ‘Rafah’, berhenti mengikuti dan move on. Malah tegasnya, kata-kata yang mengaibkan dan kesat bukan ajaran agama.

Tak suka, unfollow

“I beg you to please stop following me if you wanna use my platform (Instagram) as a tool of your frustration and pain.

“Sudah-sudahlah. Tak suka, move on and unfollow. Kata-kata yang mengaibkan dan kesat bukan ajaran agama. Enough please!

“Lagi korang keji, insha-Allah lagi banyaklah pahala saya. Tak puas hati lagi, pergi cerminkan diri sebelum mengeluarkan statement yang urang bijak. This is my space, so I tak ada masa la nak block atau report,” katanya.

‘Jangan ikut perasaan syaitan’

Ning turut menyeru netizen untuk tidak membuang masa mengutuk atau berbalah di akaun Instagramnya, selain mengeruhkan lagi keadaan.

“Jangan buang masa nak mengutuk atau berbalah di sini. Allah Maha Kuasa, Maha Pengampun. Kita tidak boleh mengikut perasaan syaitan. Sabar ya.

“Saya doakan anda semua sabar dan save your trolling kat tempat lain. Tolonglah buka mata, minda dan angan keruhkan lagi keadaan,” katanya.

Semalam, Ning tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak peka terhadap isu Palestin. Dakwaan ini muncul selepas dia bertanya ‘Who’s that?’ dalam sesi live Instagramnya apabila seorang pengikut memuat naik komen “All eyes on Rafah”.

Menurut Ning, dia pada ketika itu berada dalam keadaan kelam kabut kerana perlu menguruskan sesi live Instagramnya sendiri. Soalan ‘Who’s that’ yang diajukan bukanlah merujuk kepada ‘Rafah’, tetapi merujuk kepada individu yang memuat naik komen tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!