'Suami tak cemburu ke?' - Netizen segan tengok Fasha Sandha lakon aksi mesra dengan lelaki lain - The Reporter

‘Suami tak cemburu ke?’ – Netizen segan tengok Fasha Sandha lakon aksi mesra dengan lelaki lain

Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha

“Suami tak cemburu ke? Kita pula yang segan tengok,” kata netizen berhubung video terbaru yang dimuat naik oleh pelakon Fasha Sandha di Instagramnya hari ini.

Tujuh jam lalu, Fasha memuat naik klip video lakonannya bersama Wan Raja untuk drama 50 episod, Malang Si Puteri, terbitan Radius One yang akan ditayangkan di Astro Ria.

Dalam video itu, kedua-dua pelakon berkenaan sedang melakonkan aksi mesra mereka bagi menjiwai watak yang diberikan.

Namun, adegan didukung, duduk di atas paha, menari bersama, itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana kedua-dua pelakon berkenaan itu sudah berumah tangga dan seharusnya menjaga batasan masing-masing.

“Boleh pula suami bagi berlakon macam tu, pegang macam tu. Tak cemburu ke?” kata Emi.

“Makin lama, makin menjadi. Tak malu ke?” kata Ema Razak.

Fasha sebelum ini pernah dikecam teruk oleh netizen gara-gara memuat naik video berendam dengan suaminya. Namun, Fasha memohon maaf dan menjelaskan dia hanya menjalankan tugas yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!