Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berkongsi kisah istimewa mengenai suaminya yang merupakan seorang OKU penglihatan, yang menikmati momen dalam sebuah keretapi ketika dalam perjalanan mereka ke Thailand.
Walaupun serba kekurangan, suaminya dikatakan sangat berdikari dengan menyusun jadual perjalanan mereka ke sana.
“Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga. Dia sangat berdikari orangnya. Explore dengan cara sendiri.
“Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang,” katanya.
Wanita yang dikenali sebagai Puan Nadia itu berkongsi, suaminya gemar menaiki keretapi. Dia menikmati perjalanan dengan mendengar bunyi-bunyian, bau sekeliling, pergerakan keretapi, dan juga angin.
“Salah satu lagi cara dia nak melihat alam sekeliling adalah dengan menggunakan aplikasi Be My Eyes.
“Dia akan mendengar penerangan gambar yang diambil melalui audio,” katanya lagi.
Menurut Puan Nadia, semangat yang ditunjukkan oleh suaminya membuatkan dia berasa kagum serta bangga dan mendoakan kebaikan buat suaminya.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai yang mendoakan kesejahteraan pasangan ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.








