Suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, terpalit isu seleweng kutipan derma - The Reporter

Suami isteri pempengaruh ditahan SPRM, terpalit isu seleweng kutipan derma

Foto hiasan | Sumber: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menerusi satu laporan, sumber berkata, pasangan berkenaan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu kutipan derma yang melebihi jutaan ringgit.

Bagaimanapun, difahamkan wang berkenaan tidak disalurkan ke saluran yang betul.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

Terdahulu, satu portal menyiarkan tentang salah guna kutipan derma yang dibuat oleh pasangan suami isteri tersebut.

Pempengaruh berkenaan bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dan menyatakan perkara berkenaan adalah fitnah sama sekali.

Dalam satu kenyataan juga, pempengaruh berkenaan berkata beliau akan menggunakan khidmat peguamnya untuk Tindakan seterusnya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share