Status rumah tangga Fazura & Fattah Amin akan terjawab esok? | The Reporter

Status rumah tangga Fazura & Fattah Amin akan terjawab esok?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Status rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin masih menjadi tanda tanya. Namun, segala persoalan itu dijangka akan terjawab selepas pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, esok.

Rumah tangga yang dibina sejak 27 November 2017, tujuh tahun lalu, dikurniakan seoarng anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini, pengurus Fazura iaitu Iman Tang, mengesahkan pelakon itu telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Syariah Petaling, 13 September lalu.

Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura selepas perkara itu mula dilaporkan oleh media. Fattah pula mengakui terkejut dengan perkhabaran itu dan menegaskan dia masih menyayangi Fazura, serta orang ketiga ang menjadi punca permasalahan hubungan mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila ada pihak berdekatan yang mengeruhkan lagi keadaan, sehingga dikecam netizen kerana melebih-lebih dari empunya badan. Namun, pihak berkenaan pula membidas netizen dan memberi alasan kerana terlalu geram.

Lima jam yang lalu, Fattah memuat naik gambar dia bersama Fatima yang menunjukkan simbol hati tanpa sebarang kapsyen.

Seminggu sebelum itu, Fazura turut memuat naik gambar hitam putih bersama Fatima, dengan kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Related Posts