Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Satu video merakamkan seorang lelaki memukul seorang warga emas tular di media sosial.
Lelaki yang dipercayai merupakan pemilik tapak Glamping bertindak demikian kerana dikatakan ditegur oleh warga emas berkenaan yang tidak berpuas hati gara-gara selalu membakar sampah di kawasan tersebut.
“Kau pergi masuk! Kurang ajar, kau nak pukul nenek aku dengan ni,” kata lelaki itu sambil memukul dengan kayu.
Tindakan lelaki berkenaan telah membuatkan warga emas itu jatuh terduduk dan memberikan amaran lelaki itu untuk membuat laporan polis.
“Kau memang babi! Binatang! Aku nak report polis,” kata warga emas itu pula.
Bagaimanapun, pihak tapak perkhemahan berkenaan menafikan dakwaan itu dan menyatakan video berkenaan telah disunting.
“Nenek tua cina ni pukul nenek yang bekerja di glamping kami. Nenek yang dipukul tu umur 70 tahun. Nampak tak dia bawak kayu. Padahal kami halau dan rampas kayu agar dia tak pukul lagi,” tulisnya.
Dalam satu hantaran lain pula, lelaki ini menunjukkan bukti rakaman video berlaku pertelingkahan antara pihak mereka dan warga emas berkenaan. Katanya, warga emas berkenaan telah bertindak awal memukul neneknya yang bekerja disitu.
Dalam rakaman video tersebut juga, kelihatan ahli keluarga warga emas itu turut memberikan amaran untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.
Namun begitu, netizen mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak bertimbang rasa dengan warga emas. Sepatutnya kata mereka, dalam soal ini pihak berkenaan membuat perbincangan sebaiknya dengan warga emas itu dan keluarganya.