Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasran terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa.
Wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam matawang Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan hasil penahanan empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri serta menggeledah tiga premis dipercayai menjadi safehouse.
16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta turut disita.
“Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
“Siasatan ini dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.
Dalam pada itu, SPRM menegaskan, siasatan dijalankan secara bebas, professional dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
“SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara,” katanya.