Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Selain daripada terkenal dengan kek lapis, Sarawak turut terkenal dengan keenakan kek butter cheese yang sedang mendapat sambutan hangat orang ramai ketika ini.
Apabila tular, kek ini mula jadi rebutan pelancong luar untuk berebut mendapatkannya. Rata-ratanya memberikan maklumbalas yang memuaskan.
Bagaimanapun selebriti terkenal, Janna Nick, pula berpandangan sebaliknya. Katanya kek tersebut mempunyai rasa yang biasa sahaja.
“Rasa dia kan biasa saja. Sorry ye orang Sarawak jangan marah saya. Saya pernah try butter cake yang lebih sedap dari ni. Tapi kek ni tak oily. Saya rasa kek ni manis. Saya tak rasa premium butter,” katanya.
Menerusi satu video, dia bersama suaminya, Dini Schatzmann sedang menikmati makanan tersebut. Danny memberikan penilaian sebanyak 7.5/10 manakala Janna hanya memberikan 3/10 sahaja.
“Saya tak rasa feel nak makan lagi sekali. Mungkin taste saya lain yang lebih moist. Ini kering,” katanya.
Menerusi ruangan komen, netizen menyatakan masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai kek tersebut. Justeru itu, sebagai pembeli harus raikan perbezaan itu.yir
Selain itu, ada yang memberikan maklumbalas positif mengenai berkenaan yang dikatakan berbau wangi dan tidak hanyir (bau telur).
Sumber: Bbie