'So inilah last plan nak jatuhkan Kaklong?' - Didi Astillah dakwa temubual podcast Aliff untuk jatuhkan Bella? - The Reporter

‘So inilah last plan nak jatuhkan Kaklong?’ – Didi Astillah dakwa temubual podcast Aliff untuk jatuhkan Bella?

Pelakon Aliff Aziz melalui temubual di podcast kelmarin telah memberikan penjelasan mengenai kemelut rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Aliff yang tampak emosional mengakui menyesal dengan apa yang telah berlaku dan kini berhadapan dengan kemungkinan kehilangan keluarganya.

Last plan?

Bagaimanapun, adik iparnya, Didi Astillah tampil mendedahkan temubual podcast itu adalah usaha terakhir Aliff untuk menjatuhkan reputasi Bella. Dakwaan itu turut disertakan dengan bukti perbualan WhatsApp Aliff bersama orang ketiga.

Didi mendakwa Aliff menggunakan podcast sebagai platform terakhir untuk menjatuhkan Bella setelah usaha sebelumnya menggunakan ‘cyber-trooper’ gagal.

Dia juga menyangkal dakwaan Aliff tentang ‘rumah tangga yang goyah’, dengan menunjukkan bukti bahawa rumah tangga mereka sebenarnya dalam keadaan baik.

“So inilah ‘last plan’ dengan perempuan itu ya? Podcast (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong lepas pakai cyber-trooper tak jalan).

“And is this what you called ‘Rocky Marriage’ (Korang check date) rumah tangga diorang elok je,” katanya.

Berubah selepas shooting dengan perempuan itu

Selain itu, kenyataan Aliff tentang memberikan layanan bagaikan puteri kepada Bella hanya berlaku beberapa bulan sebelum Aliff berubah sikap selepas bersama orang ketiga itu, berbanding layanan bagaikan putera oleh kakaknya selama 10 tahun.

“To my sister’s soon to be ex husband, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan perempuan itu. Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibanding dengan keluarga perempuan itu yang baru je abang kenal?

“So call princess treament yang awak cakap awak bagi kat kaklong, (that only last few months sampailah shoot dengan perempuan itu habis semua password tukar).

“For you information, kaklong saya dah bagi awak ‘prince treatment selama 10 tahun’,” katanya.

Bella berusaha selamatkan rumah tangga, tetapi…

Didi turut menunjukkan bukti di mana Bella berusaha meraikan ulangtahun kelahiran Aliff, termasuk membeli kasut sedondon untuk mereka berdua.

“Ini ke tanda-tanda orang yang memang mau bercerai macam kaklong ni. Kaklong punya effort untuk birthday abang, siap beli kasut untuk matchy-matchy with kaklong. Sampai hari ini kasut tu tidak dipakai pun. Korang nilailah sendiri,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!