'Jika saya dapat putar balik masa...' - Aliff Aziz kesal aibkan Bella Astillah | The Reporter

‘Jika saya dapat putar balik masa…’ – Aliff Aziz kesal aibkan Bella Astillah

Aliff Aziz, Bella Astillah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setelah lama berdiam diri, pelakon Aliff Aziz akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut yang sedang melanda rumah tangganya bersama Bella Astillah.

Dalam penjelasan yang dibuat ketika bersiaran bersama podcast The Common Folks, Aliff mengakui dia menyebarkan cerita-cerita yang mengaibkan tentang Bella kerana ketika itu dipengaruhi oleh emosi marah. Namun, Aliff kesal dengan perbuatannya itu.

“Ia perkara yang salah dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

40 hari tak berhubung dengan isteri & anak-anak

Semenjak kontroversi itu, Aliff juga sudah lama tidak berhubung dengan Bella dan anak-anaknya kira-kira 40 hari lalu. Malah timbul perasaan takut dalam dirinya untuk mendengar suara Bella.

Bukanlah mahu melarikan diri daripada masalah, tetapi keadaan sedang huru hara membuatkan dia seolah-olah tak tahu apa yang perlu diperkatakan pada Bella, biarpun ibunya ada bertanya mengapa dia tidak bercakap dengan isterinya itu.

Diam diri bawa padah

Menjelaskan lebih lanjut, Aliff mengakui rumah tangganya mula berantakan disebabkan dirinya memendam perasaan apabila timbul masalah rumah tangga yang turut menyebabkan dia hilang fokus ketika penggambaran.

“Saya rasa perkara ini jadi sebab saya tak dapat berkomunikasi dengan Bella betul-betul. Setiap kali saya cuba untuk berkomunikasi, ceritakan tentang perasaan saya, jadi pergaduhan.

“Saya masanya saya rasa saya hanya perlu diamkan diri tanpa mengetahui lebih banyak masalah yang datang,” ujarnya.

Kesal babitkan Ruhainies

Di set penggambaran pula, Aliff akui mula rapat dengan Ruhainies setelah dia meluahkan masalah peribadinya yang membawa kepada punca segala permasalahan.

“Jika saya dapat putar balik masa, saya tak akan luah perasaan saya,” katanya.

Biarpun sudah terlambat, pelakon kelahiran Singapura itu memohon maaf kepada Ruhainies dan keluarganya di atas apa yang berlaku.

“Untuk Ruhainies dan keluarga, saya memohon maaf kerana membuka ruang dan memulakan hubungan ini. Kami bermula hanyalah sebagai rakan sekerja, sehinggalah sampai satu masa saya mula meluahkan perasaan dan membuka ruang atas apa yang berlaku ini.

“Saya benar-benar minta maaf dan harap mereka boleh meaafkan saya,” katanya yang juga mahu berubah secara perlahan-pelahan,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Related Posts