Malam penuh budaya di Sri Perdana menyaksikan dua nama besar industri muzik tanah air, Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul memukau tetamu kehormat termasuk Presiden China, Xi Jinping, dalam satu persembahan khas sempena sambutan rasmi lawatan negara pemimpin tersebut ke Malaysia.
Acara yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, itu menjadi simbol perpaduan seni dan diplomasi, bersempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China. Hadir sama adalah barisan jemaah menteri, delegasi dari China serta tokoh-tokoh seni dan budaya negara.
Aina Abdul membuka persembahan dengan lagu klasik Tunggu Sekejap, nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang disampaikan dengan susunan orkestra moden dan sentuhan dramatik yang menjadi identiti beliau. Sorakan hadirin bertambah gamat apabila Aina menyanyikan lagu Mandarin Wo Yao Ni De Ai, nyanyian asal Grace Chang, lengkap dengan gaya vintaj yang memikat.
- ‘Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu’ – Sanusi
- ‘Laporan RCI Tabung Haji ditangguh demi elak rakyat hilang keyakinan’ – Anwar
- Hannah Yeoh ibaratkan kerjasama BN-PN seperti Titanic yang menunggu masa karam
- ‘RCI Tabung Haji bukan untuk tutup cerita, tetapi noktah hitam perlu diakhiri’ – Kamil
- ‘Eton’ saya dah takdak’- Nina Fazurina
Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula tampil anggun membawakan lagu Cindai, lagu tradisional moden yang telah sinonim dengan namanya sejak dua dekad lalu. Persembahan beliau terus memukau apabila menyampaikan lagu Mandarin Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (The Moon Represents My Heart), nyanyian asal Teresa Teng, dengan sebutan yang jelas dan penghayatan penuh emosi.
Gabungan vokal dua penyanyi hebat ini menjadi kemuncak acara, memperlihatkan bagaimana seni muzik mampu menjalin keakraban antara dua budaya yang berbeza.
Terdahulu, Aina Abdul juga telah berkongsi secara tidak langsung mengenai berita tersebut menerusi satu hantaran video latihan raptai lagu berjudul Wo Yao Ni De Ai nyanyian Grace Chang di Instagram Story.
Sumber: Astro Gempak, TikTok dan Instagram Aina Abdul








