'Sis tak kacau orang & tak memilih tempat cari ilmu' - Rita Rudaini kesal difitnah ambil kuota B40 masukkan anak ke sekolah kerajaan - The Reporter

‘Sis tak kacau orang & tak memilih tempat cari ilmu’ – Rita Rudaini kesal difitnah ambil kuota B40 masukkan anak ke sekolah kerajaan

Perkembangan aktres ini selalu diikuti peminatnya. Bukan sahaja mengenai kerjayanya, malahan perkongsian beliau tentang dua anak lelakinya juga menjadi perhatian ramai.

Menerusi beberapa hantaran terbaharu di Instagram (story dan post), Rita Rudaini meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan guru di sebuah sekolah yang didakwa menuduhnya mengambil kuota golongan B40 kerana menghantar anaknya ke sekolah kerajaan.

Tindakan guru berkenaan katanya seolah tidak mencerminkan kredibiliti seorang guru.

“Macam ni la nasib dari sekolah private kalau pi sekolah biasa. Kena fitnah ambik kuota B40 pulak. Yang fitnah pulak tu cikgu.

“Tak layak digelar pendidik!” tulisnya.

Dalam pada itu, dia juga mempersoalkan kewajaran anak-anak pendidik yang berjawatan tinggi juga diletakkan di bawah sekolah yang sama.

“Anak-anak depa sama tempat. How sis? Macam mana ni. Dah lama dah ni puak-puak kroni buat kerja tapi sis pulak yang di fitnah curi tempat B40 oleh guru-guru.

“Tugas guru-guru untuk nengajar amalan mulia pada pelajar,bukan duk bilik guru kerja bergossip,fitnah pelajar dan parents,” katanya.

Menerusi beberapa komen, netizen menyokong tindakan Rita yang mendedahkan tindakan guru berkenaan. Kata mereka, anak-anak T20 juga ada dalam kuota MRSM malahan golongan T20 yang banyak menyumbang dan membantu berikan kemudahan kepada pihak sekolah.

Sumber: Rita Rudaini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!