'Simpan RM1K sehari, kerja 15 jam', konten 'melancong ke bulan' buat ramai terhibur | The Reporter

‘Simpan RM1K sehari, kerja 15 jam’, konten ‘melancong ke bulan’ buat ramai terhibur

Dua lelaki dalam video suntingan AI menunjukkan situasi kononnya berada di bulan
Dua individu berkenaan berkongsikan ‘pengalaman’ melancong di bulan. Gambar: TikTok alibabakucarkacir

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kreativiti rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kandungan lucu dan menghiburkan sering kali menghiasi media sosial, mencuit hati para pengguna.

Namun begitu, satu kandungan yang dihasilkan oleh seorang lelaki ini disifatkan sebagai di luar jangkaan. Menerusi sebuah video yang dikongsikan, lelaki tersebut memaparkan konsep ‘pelancongan ke bulan’ dengan sentuhan humor dan suntingan yang kreatif.

Apabila ditanya mengenai kos yang diperlukan dan bagaimana beliau mengumpul wang untuk ‘melancong ke bulan’, jawapannya nyata mencuit hati netizen.

“Simpan duit RM1,000 sehari, makan Maggie dan kerja 15 jam sehari,” katanya bersahaja.

Dalam video yang sama, beliau turut menemubual seorang lelaki warga emas yang kononnya telah lama berada di bulan.

“Rindu bumi. Tenang hati, dapat melancong ke bulan sangat berbaloi,” ujar lelaki tersebut dengan nada selamba.

Rata-rata netizen terhibur dengan kandungan video berkenaan walaupun menyedari ia telah disunting menggunakan perisian Kecerdasan Buatan (AI). Kreativiti, olahan sinis dan suntingan yang kemas menjadikan video berkenaan sudah meraih 2.5 juta tontonan.

Related Posts