Shuk Sahar enggan dedah isu rumah tangga, minta doakan yang baik-baik | The Reporter

Shuk Sahar enggan dedah isu rumah tangga, minta doakan yang baik-baik

Shuk Sahar ketika siaran langsung di TikTok bercakap mengenai isu rumah tangganya.
Shuk Sahar

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar, menegaskan dia tidak akan sama sekali membuka kisah rumah tangganya dengan Fara Salleh kepada umum meskipun namanya terus menjadi perhatian.

Dalam satu siaran langsung di TikTok semalam, pelawak berusia 38 tahun itu berkata, dia memilih untuk tidak membincangkan hal peribadi dan mahu fokus kepada perniagaan sepanjang Ramadan.

“Saya tak mahu bercerita pasal hal rumah tangga di media sosial. Doakan yang baik-baik sahaja untuk saya, Fara, dan anak dalam kandungan,” katanya ketika menjawab soalan pengikut yang bertanya mengenai status hubungannya dengan Fara.

Shuk juga menolak untuk memburukkan bekas pasangan, dengan menyatakan bahawa apa yang berlaku dalam rumah tangganya adalah urusan peribadi yang tidak perlu dikongsi secara terbuka.

“Kalau kita burukkan orang lain, satu hari nanti perkara sama boleh jadi pada kita. Saya uruskan sendiri semua hal peribadi,” tambahnya.

Dalam nada berseloroh, Shuk mengakui dirinya sering dijadikan contoh ‘redflag’ dalam hubungan dan menyedari tanggapan negatif yang diberikan terhadapnya.

Terdahulu, Fara mendedahkan dia telah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu dan mendakwa suaminya mengabaikan tanggungjawab.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada Mac 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Related Posts