'She look like bibik for me' - Fatiya Latiff downgrade Zahirah MacWilson, syukur tak kahwin dengan Aiman - The Reporter

‘She look like bibik for me’ – Fatiya Latiff downgrade Zahirah MacWilson, syukur tak kahwin dengan Aiman

Sumber gambar: Tiktok, Remaja

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tular video yang menampilkan pelakon Fatiya Latiff, 36, melemparkan beberapa kenyataan ‘panas’ terhadap pelakon Zahirah MacWilson, di media sosial.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, @roses_officials di mana Fatiya tanpa berselindung membandingkan wajah Zahirah dengan pembantu rumah (bibik).

Tidak terkecuali daripada menerima tempias, suami Zahirah iaitu Aiman Hakim, yang juga merupakan bekas teman lelaki Fatiya, serta ayah Zahirah, Zainol MacWilson.

“Zahirah MacWilson cantik, effortless beauty. Are you guys sure? She look like bibik for me. And ayah dia macam.. like.. pelakon yang tak famous.

“And dia (Zahirah) takkan boleh lawan I. Dia macam.. Aiman punya followers dicampur dengan dia punya followers, bergabung pun tak boleh nak lawan followers I,” katanya.

Fatiya turut mendakwa Zahirah mengubah bentuk bibirnya semasa berada di Australia.

“She did her lips in Australia. Don’t be denial that I’m so far prettier than her. So FO (carut). And thank god dia with that guy (Aiman) because I pun tak nak dia.

Fatiya juga mengejek Aiman dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang dan mendakwa dia meminjam wang dari orang lain.

“I tak boleh terima kenyataan. I dah siap dah untuk pergi event Versace. Siot, because of that two katak and kodok, kau buang nama aku macam… how stupid is that?

“Aiman doesn’t even have money. He like.. apa je dia buat? Korang ingat anak datuk kaya ke, korang rasa dia orang kaya ke weh? Diaorang pinjam duit kat orang ah,” katanya.

Kenyataan Fatiya ini telah mengejutkan ramai netizen, yang merasakan dia tidak wajar berbuat demikian.

“Betulkah dia berkata seperti ini? Aiman dan Zahirah sudah bahagia, kenapa Fatiya macam ni?” kata netizen.

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!