Setiap rakyat Malaysia perlukan wang simpanan RM240,000 untuk bersara, tetapi belum cukup selesa - The Reporter

Setiap rakyat Malaysia perlukan wang simpanan RM240,000 untuk bersara, tetapi belum cukup selesa

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Perancangan persaraan adalah satu perkara yang harus diambil berat walaupun anda mungkin merasakan masih lama lagi untuk anda bersara.

Salah satu cabaran yang paling besar apabila anda menerima wang dalam jumlah yang banyak adalah memastikan anda boleh menggunakannya sebaik mungkin dan berjimat dengan jumlah tersebut dalam tempoh yang panjang sekitar 15 sehingga 20 tahun.

Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk bersara?

Jawapan untuk persoalan ini adalah subjektif kerana ia bergantung kepada gaya hidup anda ataupun gaya hidup yang anda idamkan selepas persaraan.

Anda juga perlu mengambil kira jumlah tanggungan yang anda ada, serta jumlah komitmen hutang yang anda perlu langsaikan seperti pinjaman kenderaan atau pinjaman perumahan.

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), menyarankan jumlah simpanan wang minimum untuk bersara sekitar RM228,000 sehingga RM240,000 bermula 1 Januari 2019. Namun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu mencapai amaun berkenaan apabila mencapai umur bersara iaitu 55 tahun.

Sebulan belanja RM1,000

Secara kasarnya, jumlah yang disarankan itu masih belum mencukupi. Bayangkan jika anda bersara pada umur 55 tahun. Untuk anda menjalani kehidupan untuk tempoh 20 tahun yang akan datang selepas persaraan dengan jumlah tersebut, anda hanya boleh menggunakan sekitar RM1,000 sebulan sahaja.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar pada ketika ini, kadar wang simpanan perlu ditingkatkan agar kehidupan selepas bersara kelak lebih terjamin.

Simpanan RM3.9 juta

Menurut laporan Kualiti Hidup HSBC, purata simpanan persaraan yang diperlukan bagi membolehkan seseorang individu itu bersara dengan selesa adalah kira-kira RM3.9 juta.

Perancangan persaraan yang baik dan strategik akan dapat membantu anda lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal muncul.

Anda perlu merancang dengan baik dan teliti bermula dari awal. Setiap detik anda menangguh untuk merancang persaraan anda, maka anda menanggung ‘kerugian’ yang besar. Oleh itu, mulakan perancangan persaraan anda hari ini.

Sumber: KWSP, Qoala, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!