Serpihan Pesawat 'Business Class' Dipercayai Milik MH370 Ditemui - The Reporter

Serpihan Pesawat ‘Business Class’ Dipercayai Milik MH370 Ditemui

PULAU RODRIGUES – Lagi serpihan pesawat dari bahagian dalaman kabin dipercayai milik pesawat MH370 ditemui di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika. 
Pakar yang telah melihat gambar bahagian serpihan itu berkata, ia kelihatan padan dengan dindin sekat kabin kelas perniagaan, pesawat MAS Boeing 777. Bagaimanapun, kemasan hiasan itu tidak terhad kepada seksyen milik B777 dan mungkin juga dari kelas ekonomi.
Jika objek itu disahkan milik pesawat MH370, ia adalah penemuan yang amat penting kerana ia merupakan serpihan pertama yang mungkin pernah ditemui. Serpihan itu juga memberikan lebih banyak gambaran bagaimana pesawat itu terhempas ke air.
Difahamkan, serpihan itu ditemui oleh pasangan yang sedang bercuti di pulau berkenaan ketika bersiar-siar di pantai War-Brule, antara Mourouk dan Gravel, Khamis lalu. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!