Serius Lawa! Warna Mata Terbenam Jadi Inspirasi Untuk Rekaan vivo V70, Sekali Pandang Terus Jatuh Cinta! | The Reporter

Serius Lawa! Warna Mata Terbenam Jadi Inspirasi Untuk Rekaan vivo V70, Sekali Pandang Terus Jatuh Cinta!

vivo V70

Jujur cakap, siapa je yang tak tergamam melihat pemandangan matahari terbenam dekat Malaysia ni. Dah lah lawa, menenangkan jiwa pula tu.

Memang tak dinafikan, Malaysia ni antara negara yang mempunyai pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik! Tak percaya, cuba cek galeri telefon anda, paling-paling pun mesti ada satu gambar matahari terbenam.

Jadi, disebabkan itulah, vivo Malaysia memperkenalkan vivo V70 terbaru dan salah satu warnanya adalah ‘Golden Hour’, ilham rekaan daripada pemandangan matahari terbenam.  

Warna ‘Golden Hour’ Cukup Memukau

Warna Golden Hour ni bukan setakat merakam cahaya tau, malah ia menyuntik emosi, kehangatan, ketenangan serta sinaran daripada pengalaman hidup yang paling bermakna. 

Pendek kata, ia melambangkan satu gaya pemikiran yang mengubah detik biasa menjadi memori yang akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. 

Kalau anda nak tahu, warna Golden Hour ini juga telah dinobatkan sebagai “The Best Colour of the Year”, diiktiraf atas impak dan visualnya serta mencerminkan falsafah reka bentuk yang mampu menyentuh perasaan anda secara peribadi tau. 

Level Up Reka Bentuk & Tekstur Untuk Siri V

Jika dibandingkan dengan rekaan pada siri V sebelum ini, rekaan vivo V70 ni adalah rekaan yang next level dari segi rupa paras, tekstur dan reka bentuk. 

Untuk gambaran anda, vivo V70 direka dengan bingkai logam gred aeroangkasa mercu yang diperbuat daripada aloi aluminium siri-6 tahan lasak, serta menggabungkan kekuatan luar biasa dengan ketahanan kakisan unggul. 

Nak reka vivo V70 ni, mereka perlu melalui pelbagai proses penggilapan dan ketepatan tahap mikrometer pada lapisan pengoksidaan tau untuk dapatkan hasil tekstur logam yang halus dan konsisten. 

Dari segi kamera pula, modul kamera terapung yang dinamik menampilkan perincian faset yang akan menyerlahkan lagi kilauan logam rekaan, dengan bonjolan kamera hanya setebal 3.29 mm, memastikan penampilan yang bersih dan sofistikated. 

Paling penting, proses metallic grit terbaru pada permukaan kaca akan menghasilkan kemasan pusam dengan asas lut sinar, memberikan tekstur licin, kalis cap jari serta tahan calar. 

Selain itu, vivo V70 turut hadir dengan rekaan skrin besar dengan bucu bulat dengan radius paparan 10.4mm dan radius bingkai 12.5mm, memberikan lengkungan gred tinggi serta peralihan lancar dan sempurna. 

vivo V70 ini juga tampak premium disebabkan oleh bingkai bezel ultra nipis berukuran 1.25mm di bahagian sisi, 1.46mm di bahagian atas dan 1.77mm di bahagian bawah tau. 

Kolaborasi Khas Bersama POP MART ZSIGA

Untuk keluaran vivo V70 ni, ia hadir dengan 3 warna menawan iaitu Golden Hour, Alpine Gray dan Authentic Black, di mana setiap warna dapat menyerlahkan lagi personaliti pengguna, dalam masa sama mempamerkan nilai estetika mewah. 

Berita baik buat POP MART fans, vivo bakal bekerjasama dengan Siri POP MART ZSIGA, di mana mereka menawarkan kesinambungan kreatif bagi konsep Golden Hour ini tau. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, stay tuned dan ikut vivo di semua platform media sosial okay!

Pelbagai Hadiah Menarik Menanti

Kalau anda pra-tempah vivo V70 bermula sekarang sehingga 13 Mac 2026 di vivo Concept Store, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai hadiah menarik seperti AU 999 Gold Wafer serta hadiah lain antaranya: 

– vivo Buds

– waranti lanjutan selama 365 hari melalui vivo Care

– waranti perlindungan skrin 180 hari melalui vivo Care

– pembelian dengan pembelian (RM17) untuk pelan perlindungan cecair 365 hari melalui vivo Care

Paling best, anda juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi kotak hadiah POP MART ZSIGA edisi terhad tau! 

Semua hadiah menarik ini boleh didapati di kedai vivo, platform e-dagang rasmi vivo dan laman web rasmi vivo, selagi stok masih ada. Jadi, tunggu apa lagi, pra-tempah sekarang!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Related Posts