'Seolah-olah berada di China' - Tun M kecewa lihat penggunaan meluas tulisan cina di pusat beli-belah KL - The Reporter

‘Seolah-olah berada di China’ – Tun M kecewa lihat penggunaan meluas tulisan cina di pusat beli-belah KL

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi hantaran di jaringan X meluahkan rasa kecewa apabila melihat kebanyakan papan tanda pusat beli-belah di Kuala Lumpur menggunakan tulisan bahasa cina.

Katanya, kunjungan beliau ke sekitar Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu seolah-olah berada di negara China.

https://twitter.com/chedetofficial/status/1858434142826115205

“Baru-baru ini, saya singgah di salah satu pusat beli-belah yang baru. Tetapi tiba-tiba, saya rasa seolah-olah saya berada di China.

“Kemudian saya baru sedar, semua papan tanda tertulis dalam bahasa Cina dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berasa kecewa apabila tiada kelihatan tulisan Bahasa Melayu.

“Tiada yang tertulis dalam bahasa Melayu. Langsung tidak ada.Jadi, adakah ini Malaysia?

“Atau adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsikan telah diberitahu beberapa saluran televisyen Cina merujuk Malaysia sebagai “Little China”.

“Kerana antara negara-negara Asia Tenggara, Malaysia mempamerkan aksara Cina di mana-mana; besar dan menonjol.

“Mungkin kerana kita mempunyai begitu ramai pelawat dari China,” tulisnya.

Pun begitu, beliau tidak menolak dan memuji kehebatan pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang dilihat lebih membangun berbanding pusat beli-belah di London atau Tokyo.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!