71 sekolah di KL & Selangor laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 | The Reporter

71 sekolah di KL & Selangor laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Murid sekolah rendah mengikuti kelas PdPR di rumah menggunakan komputer riba sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
Gambar hiasan | PdPR akan dilaksanakan selama tiga hari bagi 71 sekolah di KL & Selangor sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mei ini.

Langkah ini diambil bagi memberi laluan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), melibatkan kehadiran pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota.

Menurut KPM, langkah ini penting bagi mengurangkan gangguan kepada warga sekolah akibat penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang tempoh sidang. KPM turut menyatakan keyakinan bahawa pengalaman melaksanakan PdPR semasa pandemik dan bencana terdahulu dapat memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.

“PdPR akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kesejahteraan murid, guru dan warga sekolah,” menurut kenyataan itu.

Antara sekolah yang terlibat di Kuala Lumpur termasuk SMK Convent Bukit Nanas, SK Kampung Baru, SK Jalan Gurney 1 dan St. John Institution. Sementara itu, di Selangor, sekolah seperti SMK Assunta, SMK TTDI Jaya dan SK Cyberjaya turut disenaraikan.

KPM menasihati semua pihak yang terlibat supaya merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing untuk maklumat lanjut.

Senarai penuh 71 sekolah yang laksanakan PdPR 26–28 Mei:

Kuala Lumpur (43 sekolah):

SMK Convent Bukit Nanas

SMK Puteri Wilayah

SMK Padang Tembak

SMK Puteri Ampang

SMK Seri Ampang

SMK Puteri Titiwangsa

SMK Seri Titiwangsa

St John Institution

SK Convent 1 Bukit Nanas

SK Convent 2 Bukit Nanas

SK St John 1

SJKC Nan Kai

SK Kg Bharu

SK Pendidikan Khas Kg Bharu

SJKT Jalan Fletcher

SK Jalan Kuantan 2

SK Padang Tembak 1

SK Padang Tembak 2

SK Polis Depot

SK Jalan Gurney 1

SK Jalan Gurney 2

SK Jalan Raja Muda

SJKC Lai Meng

SMK Maxwell

SMK Kiaramas

SJKT Appar

SJKC Chung Kwok

SK (L) Jalan Batu

SK (P) Jalan Batu

SK Pendidikan Khas Jalan Batu

SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri

SK Kiaramas

SMK (P) Bandaraya

SMK (P) Jalan Pudu

SMK (P) Methodist KL

SJKC Kuen Cheng 1

SK Jalan Hang Tuah

SK (P) Pudu

SJKC Kung Min

SK Jalan Pasar

SK Dato Abu Bakar

SK Sultan Hishamuddin Alam Shah

Selangor (28 sekolah):

SK Lembah Subang

SK Assunta (Satu)

SK (L) Bukit Bintang (1)

SK Methodist, PJ

SK Jalan Selangor (Satu)

SK 2 Jalan Selangor

SK Satu Sultan Alam Shah

SK 2 Sultan Alam Shah

SK Sungei Way

SJK(T) Vivekananda

SMK Sri Utama

SMK Lembah Subang

SMK Assunta

SMK (L) Bukit Bintang

SMK Katholik

SMK La Salle, Petaling Jaya

SMK Sultan Abdul Samad

SMK (P) Taman Petaling

SK TUDM Subang

SK TTDI Jaya

SK Bukit Jelutong

SMK TTDI Jaya

SMK Shah Alam

SMK Bukit Jelutong

SK Cyberjaya

SK Taman Putra Perdana

SK Taman Putra Perdana 2

SJK (C) Union

SMK Cyberjaya

SMK Putra Perdana

Sumber: Bernama

Related Posts