'Senang eh buat duit?!' - Peniaga terkejut, influencer caj RM3,000 untuk review | The Reporter

‘Senang eh buat duit?!’ – Peniaga terkejut, influencer caj RM3,000 untuk review

Kos ulasan influencer makanan
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam, seorang peniaga gerai yang dikenali sebagai ‘Abang Nasi Goreng’ berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang influencer yang menawarkan perkhidmatan ulasan dengan kos yang sangat tinggi.

Pendedahan ini menarik perhatian ramai apabila Abang Nasi Goreng meluahkan rasa terkejutnya mengenai jumlah bayaran yang dikenakan oleh influencer tersebut.

Menurut Abang Nasi Goreng, influencer tersebut menghubunginya dan menawarkan untuk membuat ulasan, namun harga yang diminta terlalu tinggi.

“Ada influencer makanan nak ulas gerai aku. Gerai aku ni tepi jalan je, kau offer sampai ribu-ribu! Agak mengejutkan apa yang dia offer, yang penting bukan bawah RM3,000. Kos dia gila babi!

“Kalau bayar mahal-mahal, aku dapat lebih 1 juta views ok juga. Aku ni gerai jalanan, bukan boleh absorb crowd gila-gila. Agak-agaklah nak offer. Hampeh betull! Geram eaaa, senang diorang nak buat duit. Makan dapat, duit pun dapat.

“Senang buat duit. Bila dah buat, dah bayar, tapi video tak menjadi. Boleh dapat balik tak duit (money back guarantee)?” luahnya.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Seorang pengguna, Perangai Forex berkata, “Tengok juga bang viewer dan potential crowd yang dia boleh bawa. Kalau kos marketing nak free, baik abang buat sendiri dari social media. Just my two cent here,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Rahman, memuji langkah Abang Nasi Goreng yang mempertimbangkan kapasiti gerainya.

“Tahniah bang sebab terlintas di fikiran tentang kapasiti. Kalau viral nanti, tapi tak menang tangan, servis pula out, hauk juga nanti,” katanya.

Para influencer makanan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas peniaga kecil yang berusaha keras mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka. Sewajarnya, pertimbangan wajar perlu diberikan kepada kemampuan dan situasi peniaga kecil dalam menetapkan harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Total
0
Shares
Total
0
Share