'Semua menu kami bebas daripada unsur khinzir' - Bibi Popiah nafi dakwaan tular | The Reporter

‘Semua menu kami bebas daripada unsur khinzir’ – Bibi Popiah nafi dakwaan tular

Susulan tular dakwaan kedai makan popular menggunakan bahan tidak halal dalam menu yang dijual kepada pelanggan beragama Islam, Bibi Popiah tampil menafikan dakwaan tersebut.

Bibi dalam menerusi kenyataannya yang dikongsikan di Facebook berkata, terjemahan yang dibuat oleh Facebook secara terus telah menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Perkataan ‘Chee Cheong Fun’ sebenarnya berasal daripada perkataan tradisional Bahasa Cina. Jika diterjemahkan secara individu dan literal, istilah itu menggambarkan bentuk gulungan tepung beras khinzir, bukan bermaksud menu tersebut mengandungi sebarang unsur khinzir atau bahan-bahan yang diharamkan untuk orang Islam.

“Kesemua produk dan menu kami adalah bebas daripada unsur khinzir dan alkohol,” katanya.

Dalam pada itu, Bibi turut menasihatkan orang ramai menyiasat maklumat yang diterima terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkannya.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu tidak menjawab pertanyaan netizen sama ada mereka mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, M. N. Adzhar, mendakwa kedai berkenaan menjual makanan yang dicampur dengan bahan tidak halal dijualkan kepada semua planggannya termasuk pelanggan beragama Islam.

Sumber: Facebook Bibi’s Popiah

Related Posts