Sempena Hari Malaysia, Jalur Gemilang berkibar di Gaza tanda kasih buat Malaysia | The Reporter

Sempena Hari Malaysia, Jalur Gemilang berkibar di Gaza tanda kasih buat Malaysia

Di sebalik kemusnahan dan pelbagai cabaran, penduduk Gaza turut menzahirkan penghargaan sempena sambutan Hari Malaysia. Jalur Gemilang bersama bendera Palestin yang dikibarkan menjadi simbol kasih dan solidariti yang terus terjalin antara Malaysia dan Palestin. Baca artikel penuh, klik link di BIO
Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak Gaza mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia di kawasan yang memperlihatkan kesan kemusnahan.

Di sebalik kemusnahan dan pelbagai cabaran yang dilalui, sekumpulan rakyat Palestin di Gaza tidak melupakan Malaysia apabila turut menzahirkan penghargaan sempena sambutan Hari Malaysia.

Menerusi perkongsian Cinta Gaza Malaysia, penduduk di wilayah itu dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin sebagai simbol hubungan erat dan solidariti antara kedua-dua negara.

“Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.

“Sebuah tanda bahawa kasih dan solidariti antara Malaysia dan Palestin terus merentasi sempadan,” menurut perkongsian itu.

Baca juga:

Momen berkenaan cukup menyentuh apabila dua kanak-kanak dilihat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Palestin sambil bermain kasut roda, manakala seorang lelaki dewasa bersama beberapa kanak-kanak lain turut memeriahkan suasana di tengah-tengah kawasan yang memperlihatkan kesan kemusnahan.

Paparan itu sekali gus menggambarkan keakraban dan solidariti yang terus terjalin antara rakyat Malaysia dan Palestin meskipun penduduk Gaza berdepan pelbagai cabaran.

Related Posts