Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Saban tahun kemeriahan sambutan merdeka tidak dapat dinafikan. Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta usia sanggup berpanas untuk sama-sama menyertai sambutan Hari Kemerdekaan.
Sambutan merdeka juga dilihat dapat mendekatkan rakyat dengan pemimpin dan juga anggota pihak beruniform selain dapat melihat dengan lebih dekat aset negara.
Tahun lalu tular beberapa video yang merakamkan aksi beberapa anggota badan beruniform yang ‘menayangkan’ otot. Tindakan berkenaan telah mengundang perasaan teruja orang ramai yang menyaksikan perbarisan berkenaan.
Ada juga yang sempat menayangkan kertas yang tertulis pickup line.
Ada yang menerima aksi tersebut kerana menganggap itu adalah hari mereka, namun ada yang menganggap sepatutnya anggota beruniform menjaga identiti mereka.
Menerusi satu hantaran di Public Health Malaysia, tindakan dan aksi yang dibuat anggota bertubuh sasa itu sebelumnya diharapkan tidak berulang kembali pada tahun ini.
“Semoga tahun ini tiada lagi aksi anggota bertubuh sasa memegang placard dengan ayat pick-up line di atas jentera.
“Ini adalah satu bentuk manipulasi gender, dan anggota beruniform layak menerima penghormatan yang lebih tinggi,” tulisnya.








