Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Nadiah Mazlan memohon orang ramai untuk mendoakan dan memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada adiknya, Misya Mazlan, yang sedang berjuang dengan situasi rumah tangga yang rumit.
Terdahulu, suaminya, Aslam dikatakan telah berkahwin dengan isteri kedua, Marissa Dania Hakim, di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Ketika kejadian, Misya dan keluarganya sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci. Misya juga dikatakan tidak mengetahui suaminya akan berkahwin lagi dengan anak perempuan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim.
Difahamkan, Misya dan keluarganya hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh Aslam. Nadiah juga tidak menyangka adik iparnya akan memadukan adiknya tanpa pengetahuan.
“Nak minta tolong. Tolong bagi kata-kata semangat, nasihat pada adik saya. Masih panjang perjalanan dia. Semoga dia dan anak-anaknya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah,” katanya menerusi perkongsian di Instastory semalam.
Menurut Nadiah, dia berasa pelik kenapa ada isteri yang telah dicurangi suami, masih tetap mahu memilih untuk bertahan.
Semenjak perkara itu berlaku, Misya bertindak menjauhkan diri dari semua dan sering berkongsi semula kata-kata luahan emosi dan penderitaan di TikTok sehingga jatuh sakit.
“Saya sedih, sumpah saya sedih. Dia melalui semua ini. Dia tak mampu nak buat apa-apa. Ya Allah, tolong kami untuk bantu dia.
“Masa dekat sini, aku nampak dia fokus buat ibadah. Segala doanya didengari, sehari sebelum nak sampai ke tanahair, tahu-tahu diuji sebegitu rupa. Riak mukanya? Tenang saja. Air mata? Langsung tak ada,” katanya.