Semakin ramai kanak-kanak sakit akibat terdedah kepada bahan kimia & plastik - Kajian - The Reporter

Semakin ramai kanak-kanak sakit akibat terdedah kepada bahan kimia & plastik – Kajian

Kanak-kanak sakit akibat bahan kimia
Foto hiasan | Artificial Intelligence

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kajian baru menunjukkan peningkatan mendadak dalam jumlah kanak-kanak yang sakit dan meninggal dunia akibat penyakit tidak berjangkit sejak lima dekad lalu. Peningkatan ini dikaitkan dengan pendedahan kepada bahan kimia sintetik dan plastik yang semakin banyak digunakan dalam kehidupan seharian.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine ini mendesak perubahan besar terhadap undang-undang dan cara industri bahan kimia beroperasi. Daniele Mandrioli, salah seorang pengkaji, berkata, “Bahan kimia yang digunakan ini memberi kesan besar kepada kanak-kanak, dan tindakan segera perlu diambil.”

Statistik meningkat

Sejak 50 tahun lalu, kadar kanser kanak-kanak meningkat 35 peratus, manakala satu daripada 36 kanak-kanak kini didiagnosis dengan autisme. Selain itu, bilangan kanak-kanak yang menghidap asma meningkat tiga kali ganda, obesiti empat kali ganda, dan kadar kecacatan organ pembiakan lelaki berganda.

Peningkatan masalah kesihatan ini berlaku serentak dengan lonjakan pengeluaran bahan kimia sintetik dan plastik yang kini 50 kali lebih tinggi berbanding tahun 1950. Kajian ini juga menjangka pengeluaran bahan ini akan meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2050.

Tindakan segera diperlukan

Saintis menegaskan, bahan kimia perlu diuji terlebih dahulu sebelum dibawa ke pasaran.

“Kita tidak boleh tunggu bahan ini menunjukkan kesan buruk selepas digunakan bertahun-tahun,” kata Philip Landrigan dari Boston College.

Beliau juga menjelaskan, walaupun dos bahan kimia yang kecil boleh memberi kesan besar kepada kesihatan kanak-kanak, terutamanya semasa dalam kandungan ibu. Oleh itu, mereka menyeru pengeluar untuk memantau kesan produk mereka dalam jangka masa panjang. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!