Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – “Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga,” demikian kata Muhammad Firdaus Khairi, 29, yang viral di media sosial selepas gambarnya dimuat naik oleh Neena Anuar minggu lalu.
![]() |
| Muhammad Razin Hamizan, 8 bulan | Foto – Noor Hidayah Ibrahim |
Mengulas mengenai gambar dia dan anak kecilnya, Muhammad Razin Hamizan, 8 bulan, viral di media sosial, Muhammad Firdaus berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Sentul Timur selepas menjemput anak lelakinya pulang dari pusat penjagaan berdekatan kediamannya.
Video dari Harian Metro
Isterinya Noor Hidayah Ibrahim, 29, yang juga cacat penglihatan kategori rabun teruk, akan membahagikan tugas menjaga anak kerana dia juga bekerja.
![]() |
| Gambar Muhammad Firdaus bersama anak dan isterinya bertemu dengan Neena dan suaminya selepas gambar viral di media sosial | Foto Neena Anuar |
Muhammad Firdaus tidak menyangka bahawa gambarnya itu akan menjadi viral di media sosial dan hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh isterinya.










