'Sekali lagi kau hantar video telur kau, pecah muka kau!' - The Reporter

‘Sekali lagi kau hantar video telur kau, pecah muka kau!’

Seorang lelaki mendakwa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki warga asing. Video mangsa berdepan dengan warga asing terbabit tular di media sosial dan mengundang perhatian netizen.

Dalam video tersebut, pengadu dengan berani memarahi suspek dan memberi amaran keras kepadanya untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

“Silap orang kau nak ajak mengunyit dan buat gangguan seksual.

“Sekali lagi kau hantar video macam tu dan video call aku, kau siap! Pecah muka kau kat sini! Sorry apa?! Kau ingat aku pondan ke apa?!

“Kau tak kenal lagi aku siapa! Kau tengok aku lembut macam ni, kalau kau nak kena pijak kat sini, pecah muka kau!

“Sekali lagi kau video call aku, kau hantar video telur kau kat aku, memang pecah muka kau! Kau ingat aku pelacur agaknya,” katanya.

Individu dakwa pengadu menggeletis

Namun begitu, ada beberapa individu yang mendakwa pengadu sendiri yang ‘menggeletis’ dan mencetuskan situasi tersebut. Mereka merujuk kepada gambar lama pengadu merangkul tangan rakan lelaki, yang dipercayai diambil pada tahun 2016.

“Ramai actually kutuk si owner video at first. Aku pun tak setuju sebab kena gangguan seksual lelaki atau perempuan boleh trauma. But after stalked his posting, geletis juga ye such as this post.”

Pengadu bidas dakwaan songsang

Pengadu kemudian tampil membidas individu-individu berkenaan dan menegaskan bahawa dia bukan lelaki songsang seperti yang didakwa. Malah dakwaan mengatakan dia merangkul tangan rakannya juga tidak benar. Sebaliknya lelaki itu adalah sepupunya sendiri dan mereka sememangnya rapat sejak dari kecil.

“Aku owner video ini. Yang tak tahu cerita jangan main cakap, aku berniaga hari-hari di pasar. 80% tauke dan pekerja kat pasar tu ada nombor aku.

“Ye, memang aku lembut, aku siap cakap dalam video itu aku lembut. Jangan ingat semua lelaki lembut itu songsang.

“Bukti dah serah kepada polis. Tindakan telahpun diambil. Kes ini berlaku pada Rabu lalu,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!