Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon, Uqasha Senrose, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu kenyataan mengejutkan di Instagram yang seolah-olah mendedahkan terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar akad nikahnya bersama pelakon Kamal Adli.
Menerusi hantaran di Instagram, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, meluahkan rasa terkejut selepas mendapati maklumat dalam sijil nikahnya tidak sama dengan pengetahuannya selama ini.
“Allah Maha Besar, Masya-Allah satu lagi. Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9 pagi. Tapi rupanya di sijil nikah aku dinikahkan 4/11/2021 pada jam 9.30 malam tanpa pengetahuan aku. Allahuakhbar,” tulisnya.
Tambah Uqasha, perkara tersebut hanya disedari selepas prosiding mahkamah yang berlangsung pada pagi Rabu.
“Lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi… dan saya tidak tahu saya dinikah pada tarikh tersebut,” ujarnya lagi.
Baca juga:
- ‘Saya tidak tahu dinikahkan pada tarikh tersebut’ – Uqasha Senrose
- Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu
- Seluar dalam ‘berbulu’ keluaran Kim Kardashian jadi fenomena, terjual habis dalam sehari
Terdahulu, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, punca sebenar permohonan cerai tersebut tidak didedahkan kepada umum.
Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan selebriti ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.