'Saya tak sangka ending dia saya ke sini' - Kamal Adli mahu pertahankan rumah tangga | The Reporter

‘Saya tak sangka ending dia saya ke sini’ – Kamal Adli mahu pertahankan rumah tangga

Kamal Adli di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ketika prosiding kes perceraian bersama Uqasha Senrose.
Gambar: Hib Glam.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Kamal Adli mengakui berdepan kesukaran untuk berurusan dengan isterinya, Uqasha Senrose, selepas disekat sejak 27 September lalu.

Kamal hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Selasa bagi menghadiri prosiding kes perceraian antara beliau dan Uqasha.

“Melalui peguam saja boleh. Dia tak bagi, ada sekatan-sekatan yang dilakukan. Ada beberapa roadblock yang susah nak sampai, jadi terpaksa… kita hanya boleh kirim surat saja.

“Macam zaman dulu kan? Mungkin lepas ni saya kena hantar pakai burung,” katanya sambil ketawa kecil.

Menurut Kamal, kehadirannya ke mahkamah dibuat dengan niat baik untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Saya datang dengan baik, untuk selamatkanlah rumah tangga sebab itu tanggungjawab saya.

“Macam hari itu saya tak dapat datang sebab ada masalah sikit, ada kerja. Jadi hari ini saya datang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Insya-Allah, doa yang baik-baik saja,” ujarnya lagi.

Baca juga:

Mengakui agak gugup dengan situasi yang sedang dihadapinya, Kamal berkata pengalaman berdepan suasana sebegini bukan sesuatu yang menyenangkan.

“Saya nervous sebenarnya. Saya tak pernah sampai tempat-tempat macam ni (mahkamah). Saya tak happy pun untuk sampai sini sebenarnya. Tapi saya datang sebab nak selamatkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli melangsungkan perkahwinan pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Sumber: Hib Glam

Related Posts