'Saya tak sakit' - Fatiya Latiff penat dituduh sakit - The Reporter

‘Saya tak sakit’ – Fatiya Latiff penat dituduh sakit

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon terkenal, Fatiya Latiff, luah rasa penat dengan tuduhan orang ramai yang mengatakan dia sakit, susulan beberapa kenyataan kontroversi yang dibuatnya baru-baru ini.

Tegasnya, dia boleh mengambil tindakan undang-undang tetapi enggan berbuat demikian kerana ada banyak perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

“Saya penat dengan orang kata saya sakit. Saya tidak sakit. Saya boleh mengambil tindakan terhadap mereka tetapi tidak, kerana saya ada perkara yang lebih baik untuk dilakukan, kerana ia tidak memberi kesan kepada saya langsung.”

Fatiya juga mengatakan, dia berhak untuk menentukan pilihan apa yang dia inginkan sama ada buruk atau jahat. Tidak kiralah sama ada dia selebriti, pengemis atau jutawan sekali pun, dia tidak memerlukan orang lain untuk memberitahunya apa yang boleh atau tidak untuk dikongsikan di media sosial.

“Ini adalah hidup saya dan pilihan saya untuk melakukan apa sahaja yang saya mahu. Sama ada ia buruk atau jahat, itu tidak ada kaitan dengan sesiapa.

Dalam pada itu, Fatiya turut mengkritik sikap negatif orang Melayu yang dikatakan dengki, suka berfikir yang bukan-bukan dan merasakan diri sentiasa betul.

“Orang Melayu ini suka dengki, fikir bukan-bukan dan merasa diri itu betul,” katanya.

Sumber: Instagram Fatiya Latiff

Total
0
Shares
Total
0
Share