Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menyesal pun sudah tiada gunanya lagi. Anak yang mungkin dapat diselamatkan jika mendapatkan rawatan dari pihak hospital, kini sudah hilang nyawa akibat pengambilan produk tambahan tanpa nasihat dari mereka yang pakar dan bertauliah.
Inilah akibatnya kalau terlalu percaya dengan kata-kata si penjual produk yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan dan akibat yang bakal ditanggung oleh si penggunanya. Semoga kisah anak kecil ini yang tidak berdosa ini menjadi pengajaran buat kita semua.
HATI si ibu rasa bersalah kerana atas desakan kaum keluarga yang ingin membantu, telah mengesyorkan pemberian ‘ubat-ubat’ tersebut kepada bayinya yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan genetik.
Entahlah, kesal sudah tidak berguna lagi. Semestinya seperti yang saya terangkan dalam wawancara pagi tadi, si penjual produk akan mencari pembeli produk mereka. Semestinya golongan yang terdesak dan berharap seperti si ibu ini telah menjadi mangsa tipu daya helah mereka.










