Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui tidak mampu melihat wajah dan badan Faisal Halim ketika melawatnya di hospital.
Katanya, kejadian yang menimpa pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC itu sangat menyedihkan. Dalam pada itu, dia turut berdoa agar Faisal cepat pulih daripada kelecuran tahap empat.
“Semasa saya melawatnya, saya tidak boleh melihat wajah dan badannya. Ia sangat menyedihkan.
“Saya tidak dapat bercakap dengannya dan dia tidak boleh bercakap dengan saya,” katanya.
Terdahulu, Faisal Halim mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu di tempat letak parkir di sebuah pusat beli belah.
Faisal telah menjalani pembedahan sebanyak 4 kali dan melalui proses pemulihan. Beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Sementara itu, Faisal dilaporkan dipindahkan ke lokasi rahsia bagi tujuan keselamatan.
Sumber: Sinar Harian