'Saya tak ambil gaji, kena sindir' - Anwar Ibrahim | The Reporter

‘Saya tak ambil gaji, kena sindir’ – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim tak ambil gaji
Sumber gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang sering mempersoalkan pendiriannya untuk tidak mengambil gaji sebagai pemimpin negara.

Menurutnya, situasi ini agak janggal memandangkan gaji penjawat awam telah meningkat, manakala gaji menteri kekal pada kadar sama dengan potongan sebanyak 20 peratus.

“Sementara gaji penjawat awam naik, gaji menteri tak naik. Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir. Jadi, saya fikir mungkin tahun depan kena ambillah (gaji). Aneh tak (dalam nada seloroh), kita gaji tak ambil, tetapi elaun Parlimen ambil.

“Azizah pun ada elaun Parlimen, campur-campur okaylah. Saya bukan miskin. Tetapi ini jadi bahan remeh pula, demikianlah politik picisan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Town Hall sempena program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Tambun, menegaskan bahawa pihak pengkritik sepatutnya menumpukan kepada pemberian cadangan yang membina berkaitan dasar kerajaan, bukan sekadar menyebarkan kritikan tidak berasas.

“Beri cadangan, ini tidak ada cadangan. Yang ada hanya maki hamun. Jadi, ini menghasut sebahagian rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, media sosial perlu dimanfaatkan sebagai platform untuk melontarkan pandangan yang bernas, bukan kritikan keterlaluan semata-mata.

“Sebab itu saya kata, kalau mahu Madani yang berjaya, pencerahan mesti ada dan rakyat boleh dengar semua pandangan, tetapi perlu ada asas ilmu untuk menilai. Kalau dengar satu pihak sahaja, ia akan merosakkan (pemikiran),” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts