'Saya nak buat orang suka daddy balik' - Thalita beri sebab kenapa mahu jadi penyanyi | The Reporter

‘Saya nak buat orang suka daddy balik’ – Thalita beri sebab kenapa mahu jadi penyanyi

Sumber Gambar: Instagram Shuib, Siti Sarah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penampilan pertama anak perempuan kepada usahawan dan selebriti, Shuib di khalayak ramai di Bukit Bintang mendapat perhatian ramai.

Thalita mendendangkan lagu Kekasih Bayangan dan juga Kesetiaan di hadapan lebih 5,000 pengunjung yang hadir.

Semasa menyampaikan lagu Kesetiaan, Thalita sebak seolah mengenangkan arwah ibunya membuatkan penonton turut menitiskan air mata. Mujur ketika itu, Umai anak kepada Siti Sairah muncul menenangkan keadaan dan menyambung lirik lagu berkenaan.

@era.je

Ya Allah, sebaknya time ni bila @umairah_sairahtarudin tolong sambung Thalita nyanyi. Thalita jangan nangis tau, semua rakyat Malaysia sentiasa doakan awak! 😭 #sharERA #ShowPalingMurah #3PAGIERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Semasa akhir persembahan juga, datuk kepada Thalita yang juga bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah juga memaklumkan Thalita hanya berlatih selama dua hari dan mengatakan impian Thalita mahu menjadi seperti ibunya.

Kemunculan Thalita pada malam berkenaan terus menjadi perhatian ramai. Semasa sesi siaran langsung di TikTok, Shuib bertanyakan kepada Thalita salah satu sebab dia mahu bergelar penyanyi.

https://www.tiktok.com/@myaashwar/video/7455997708734696711?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Sebab orang tak suka daddy, jadi Dek Ta(Thalita) nak buat orang suka daddy balik,” katanya.

Shuib bertanyakan kembali pada Thalita apa yang membuatkan Thalia berkata sebegitu. Namun, kata Thalita kerana dia selalu ingat pesanan Shuib untuk mendoakannya selalu.

Sumber: TikTok era,TikTok myaashwar

Related Posts