'Saya minta maaf, case closed' - Puteri Sarah enggan panjangkan isu hisap vape dalam live TikTok - The Reporter

‘Saya minta maaf, case closed’ – Puteri Sarah enggan panjangkan isu hisap vape dalam live TikTok

Sumber gambar: YouTube Selebriti Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sedang kecoh di media sosial pelakon Puteri Sarah Liyana (PSL) dikatakan menghisap rokok elektronik atau vape semasa bersiaran langsung di platform TikTok, bersama rakan-rakannya.

Ramai pengikutnya meluahkan rasa terkejut dan kecewa kerana tidak menyangka Puteri Sarah berbuat demikian.

Terbagi vape pada PSL

Rakannya yang turut serta dalam video itu, Acu, kemudian tampil memberi penjelasan berikut:

“Tadi PSL membebel-bebel.. terbagi kat PSL benda ini (vape). Saya tak mengajar dia (vape), ini kesilapan saya dan saya minta maaf banyak-banyak kepada para peminat PSL.” katanya.

Puteri Sarah juga memohon maaf kerana dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Malah dia berharap kes itu tidak dipanjangkan lagi. Jelas Puteri Sarah, dia sebelum itu membebel mengenai masalah dengan individu lain.

“Ceritanya, Sarah tadi geram sangat sebab non-stop membebel apa semua pasal orang yang ambil duit Sarah tu. Dah tiga hari, tiga malam asyik cakap pasal tu. Lantaklah dia nak cakap apa, rasanya dia kot yang ambil dadah sebab dia mencuri kot? Kan?

“Sebab orang kalau hisap dadah, dia akan mencuri duit orang,” katanya.

Rakan tampil pertahankan PSL

Sementara itu, rakan PSL, Noraini Basre, turut tampil mempertahankan rakannya.

“Percayalah cakap saya, tak ada (PSL vape). Jangan kita besarkan lagi isu ini sebab selama saya berkawan dengan PSL, tak pernah nampak dia pegang vape dan hisap vape. Memang tak ada sebab dah lama saya berkawan dengan dia. Bukan baru setahun, dah bertahun-tahun.

“Kadang-kadang kita boleh main-main je benda tu. Tak ada benda pun sebenarnya. Benda bergurau-gurau. Dan Acu itu pun saya selalu cakap jangan hisap rokok,” katanya.

Sumber: YouTube Selebriti Malaysia, TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!