Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Personaliti media sosial, Mohd Suhaimie Ramli atau lebih dikenali sebagai Meonsticker, 38, telah menghasilkan konten review makanan dengan cara yang unik.
Tujuannya bukan untuk mencari populariti, tetapi untuk melihat bagaimana masyarakat menilai sendiri konten yang dihasilkan.
Menurut Meon, dia sudah bersedia menerima kecaman sebelum berkongsi video tersebut.
“Apa yang saya buat, saya memang dah ready untuk menerima kecaman. Maknanya kita kena terima dengan seadanya apa impak/kesan daripada video itu,” katanya.
Meon juga menjelaskan bahawa ketiak hitam yang ditunjukkan dalam video adalah simbolik dan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
“Sebenarnya ketiak hitam itu satu simbolik yang agak menjijikkan. Dari itu, ibu bapa akan menasihatkan anak-anak mereka untuk tidak mengikut saya, tak baik dan tak elok,” jelasnya.
Selain itu, baju koyak yang dipakai oleh Meon hanyalah prop.
“Baju koyak yang dipakai hanya sekadar prop sahaja. Prop ini memang teruk, orang pun tak sangka dan akan kata jijiklah, buanglah baju tu. Tapi ini hanya prop sahaja, tak lebih daripada itu,” katanya.
Sebelum ini, Meon pernah ditegur oleh seorang doktor untuk menjaga adab ketika makan dan menjaga kebersihan diri apabila berada di depan rezeki. Doktor tersebut juga menasihatkan Meon untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan terkena penyakit kronik.
“Janganlah buka aib sendiri. Malaysia ni kuat cyberbully. Jangan letakkan diri kita di posisi untuk dibuli orang lain,” pesan doktor tersebut kepada Meon.
Sumber: mStar Online








