Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak mendedahkan bahawa pembelaan yang dijalankan dilakukan secara pro bono.
Penjelasan itu sekali gus menolak dakwaan orang ramai yang mengaitkan tertuduh sebagai anak daripada golongan kenamaan (VVIP), sedangkan hakikatnya pembelaan dibuat tanpa sebarang bayaran oleh pihak keluarga remaja terbabit.
Memetik Sinar Harian, Datuk Ram Singh yang mengetuai pasukan guaman itu mengakui berasa sedih dengan nasib menimpa tertuduh dalam kes berkenaan.
“Saya sedih dan sebagai seorang bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.
“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya.
Baca juga:
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Datuk Ram Singh turut memohon perintah larangan bersuara (gag order) daripada Mahkamah Kanak-Kanak ketika prosiding membabitkan lima remaja yang dikaitkan dengan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.








