Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dalam era digital yang semakin pesat ini, para pencipta kandungan berusaha keras untuk menarik perhatian dan menambah pengikut, walaupun adakalanya merea menggunakan cara yang ‘kotor’.
Namun, penting untuk diingat bahawa integriti dan etika tidak sepatutnya dikompromikan demi populariti. Sebagai penghasil kandungan, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang benar dan bermanfaat, serta mempromosikan nilai-nilai positif. Mereka harus berusaha untuk menjadi contoh yang baik bagi pengikut mereka.
Hadiah misteri atau RM1?
Baru-baru ini tular video di TikTok, seorang content creator, Kimberly, menawarkan RM1 atau hadiah misteri kepada orang awam secara rawak.
Dalam video itu, Kimberly memilih Evapearl sebagai individu yang bertuah berkenaan. Evapearl kemudian memilih untuk mendapatkan hadiah misteri. Kimberly menjelaskan Evapearl boleh membeli apa-apa sahaja di atas harga RM250. Teruja dengan tawaran itu, Evapearl memilih untuk mendapatkan iPad daripada Switch.
“Saya happy sampai tak dapat cakap apa!” katanya.
Malangnya, vdeo tersebut telah mengundang kecaman di kalangan pengguna TikTok kerana Evapearl memilih barang yang terlalu mahal.
“Above RM250, dia pergi bedal sampai above RM2,500. Tak boleh buat bini perempuan jens ni. Tak kikis, tak cukur, tak kunyah, dia telan terus,” kata netizen.
“Siapa akak ni wei? Tak relax nak pau pun. Walaupun above RM250, tapi saya segan. To Amoi, semoga murah rezeki selalu. And to Malaysian, please behave another time. Malu tu kena ada juga,” tambah netizen lain.
Itu cuma content semata-mata
Menyedari dirinya dikecam teruk, Evapearl tampil memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya akak yang pakai tudung tu. Saya kena kecam teruk. Seandainya awak semua tahu, semua ini hanya content semata-mata. Saya dapat upah RM100 sahaja dari mereka untuk buat content ini. Saya pun tak sangka benda ini akan blow up macam ni.
“Saya dikecam tak sedar diri, gemuk, malas kerja sampai pau stranger macam tu, kaki kikis, tak boleh buat bini dan banyak lagi. Sedih tengok komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap saya,” katanya.
“Kpada sesiapa yang komen negatif itu, saya takkan maafkan. Saya manusia biasa yang ada hati dan perasaan,” katanya.