'Saya Dipaksa Nyanyi Lagu Negaraku, Buktikan Diri Warganegara Malaysia' - The Reporter

‘Saya Dipaksa Nyanyi Lagu Negaraku, Buktikan Diri Warganegara Malaysia’

KUALA LUMPUR – Seorang gadis Cina dipaksa menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia, dalam kejadian awal bulan Mei. 
Lapor China Press, Raine Lee, 25, dan teman lelakinya dalam perjalanan pulang dari Star Bucks telah ditahan oleh polis dalam sekatan jalan raya. 
Polis telah meminta kedua-dua mereka menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu. Bagaimanapun Raine memberikan alasan bahawa kad pengenalannya baru sahaja hilang beberapa hari yang lalu dan hanya ada lesen memandu sahaja dibawa bersamanya. 
Namun, polis enggan menerima alasannya itu dan meminta gadis itu menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia. Gadis itu bagaimanapun telah dilepaskan meskipun tidak dapat menyanyikan lagu Negaraku dengan sempurna. 
Raine Lee kemudian memuat naik cerita itu di laman Facebooknya dan mengakui bahawa kad pengenalan dirinya telah hilang dua bulan yang lalu, berbeza dengan pengakuan awalnya pada polis ketika ditahan. 
Walaupun hilang, Raine tidak membuat laporan polis atau mendapatkan kad gantian, hanya bergantung pada lesen memandunya semata-mata. Ketika ditahan juga, Raine mendakwa dia dituduh sebagai warganegara China atau Thailand.

“I was forced to sing the freakin ‘Negaraku’ song. Which I was very reluctant to and failed halfway. I can’t believe what I just had to do fml the end,” katanya sebelum memadamkan kenyataan itu tidak beberapa lama kemudian.

Mengulas mengenai kejadian itu, Ketua Polis Pasukan Cawangan Bukit Aman, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, SOP polis trafik tidak menyatakan rakyat perlu menyanyikan lagu Negaraku untuk membuktikan diri mereka adalah warganegara Malaysia. 
“Polis trafik berhak memilih dan menentukan cara tersendiri ketika berdepan pesalah lalu lintas. Polis trafik itu tidak bersalah dalam kes ini,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!