'Saya cium, cuci kaki mama & minum' - Rizki kongsi kejayaan raih emas di Sukan Olimpik - The Reporter

‘Saya cium, cuci kaki mama & minum’ – Rizki kongsi kejayaan raih emas di Sukan Olimpik

Sumber Gambar: kompas

Pingat emas kedua yang diperoleh oleh atlet angkat berat Indonesia bagi kategori 73 kilogram (kg) di Sukan Olimpik Paris, Rizki Juniansyah sudah pasti membanggakan rakyat di Indonesia.

Sebelumnya, Veddriq Leonardo dari atlet memanjat merangkul emas pertama dalam acara berkenaan.

Rizki berjaya melakukan angkatan 354 kg secara keseluruhan meliputi angkatan ‘snatch’ 155 kg dan ‘clean and jerk’ sebanyak 199 kg.

Angkatan kedua Rizki dicatat sebagai rekod Olimpik. Pingat perak diperoleh oleh atlet angkat berat Weeraphon Wichuma dari Thailand manakala gangsa pula diraih oleh Bozhidar Andreev dari Bulgaria.

Disebalik kejayaannya itu, Rizki menyatakan setiap kali sebelum menyertai apa-apa pertandingan, dia akan mencuci, mencium dan kemudiannaya akan minum air basuhan kaki ibunya. Begitu juga amalan yang dilakukan sebelum menyertai Sukan Olimpik 2024.

Katanya amalan ini adalah untuk mendapatkan keberkatan.

“Kehadiran keluarga dan ibu itu sokongan nombor satu. Saya ada dalam rahim mama, mama yang terbaik. Setiap kali saya cium kaki dan cuci kaki mama serta meminumnya, alhamdulillah selalu berkat,” katanya.

Sumber: kumparan

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!