Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Penampilan pelakon Ira Kazar baru-baru ini semasa majlis pelancaran beg jenama Anthon’s Leather yang diadakan oleh usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai.
Ira Kazar berbaju hitam telah menghiburkan tetamu majlis berkenaan dengan menyanyikan lagu daripada Allahyarhamah Siti Sarah yang bertajuk Jangan Kau Mimpi.
Susulan itu, ramai yang memberikan pandangan masing-masing mengenai nyanyian Ira Kazar pada malam itu.
Dalam pada itu, cikgu vokal Adzrin Adzhar juga telah memberikan ulasan mengenai nyanyian Ira Kazar setelah diminta oleh netizen.
Katanya, suara Ira sedap pada pendengarannya.
“Saya approved Ira Kazar menyanyi, suara dia sedap.
“Namun sebagai penyanyi, kena ada ton suara. Macam Ira, dia dah jumpa ton suara dia cuma kesalahan atau kelemahan pada vokal dia, breathing support system,” katanya.
Kongsinya, apa yang perlu dilakukan sebagai seorang penyanyi adalah menggunakan sistem pernafasan dengan betul.