'Saya ada kuota khas bawa tetamu sendiri' - Norza jawab dakwaan bawa anak, isteri ke Olimpik Paris - The Reporter

‘Saya ada kuota khas bawa tetamu sendiri’ – Norza jawab dakwaan bawa anak, isteri ke Olimpik Paris

Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei beberapa minggu lalu meluahkan rasa kekecewaannya apabila jurulatihnya, Nova Armada tidak dapat bersamanya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Keputusan itu disebabkan kekurangan akreditasi untuk kontinjen Malaysia, menyebabkan Nova tidak dapat menemani Jin Wei yang kali pertama tampil di Olimpik.

Jin Wei mengakui, ketiadaan Nova akan menyukarkan prestasinya di Paris. Hasilnya, Jin Wei gagal ke peringkat suku akhir di mana beliau tewas kepada pemain Korea Selatan, Kim Ga-eun dengan skor 17-21, 22-20, 21-23.

Ada kuota khas

Baru-baru ini seorang pengguna di platform X memuat naik gambar Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, membawa isteri dan anaknya ke Olimpik Paris 2024, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam gambar itu, isteri dan anak Norza memakai kad akreditasi di salah satu perlawanan Olimpik. Sekali gus menimbulkan persoalan mengenai jumlah kad akreditasi yang terhad, yang didakwa telah menjejaskan penyertaan jurulatih kepada Jin Wei.

Bagaimanapun, Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan beliau mempunyai kuota khas untuk membawa tetamunya sendiri.

Jelasnya, kuota tersebut adalah berasingan daripada peruntukan pasukan kebangsaan dan beliau selaku presiden MOM dan BAM telah diberi keistimewaan tersebut.

“Saya diberikan peruntukan khas untuk membawa tetamu saya sendiri. Kuota ini adalah berbeza dan tidak berkaitan dengan kad akreditasi yang dikeluarkan kepada atlet dan pasukan kebangsaan,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini, The Star

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!