Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Lagi kes ambulans dihalang oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab. Dalam kes terbaru ini dilaporkan berlaku di Bintulu, Sarawak.
Menurut pemandu ambulans, Leman Lee, kejadian berlaku pada Selasa, 30 Januari 2024, kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Tanjung Kidurong.
Ketika itu beliau dalam perjalanan menghantar pesakit kes ‘red zone’ ke Hospital Bintulu di Jalan Nyabau.
“Sampai bilalah nak sedar,” tulisnya pada kapsyen video tersebut yang menunjukkan kereta orang awam jenis Toyota Vios QCJ 2629 enggan memberi laluan.
Tinjauan di ruangan komen, ramai netizen mengatakan bahawa mereka tidak sabar mahu melihat pemandu terbabit ditahan dan apa pula alasan yang diberikan.
“Tak sabar nak tahu apa alasan dia kalau dah kena cekup,” kata Penyintak.
“Jangan marah dia, mungkin dia pekak kot,” kata Qubongman.
“Belum terkena pada keluarga dia sendiri, itulah dia macam tu. Tak fikir orang dalam ambulans itu perlukan rawatan secepat mungkin,” kata Siti Fatihah.